Monday, March 26, 2012

Ikan bilis goreng cili

IKAN BILIS GORENG CILI PADI ::


Bahan-bahan:100gm ikan bilis halus/sederhana - dibasuh dan ditoskan
2 biji bawang besar
10 biji cili padi
2 biji cili masak
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasak:1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga rangup dan angkat. Tos dan ketepikan.
2. Selepas itu goreng bawang besar yang dipotong bulat, cili padi dan cili merah yang telah dihiris tadi sehingga layu.
3. Angkat dan gaulkan pada ikan bilis tadi.
4. Sedia dinikmati bersama bubur nasi tadi.

Note*Pilih ikan masin yang tidak terlalu besar untuk resipi ikan bilis rangup yang sedap.

No comments:

Post a Comment