Apam Ladybird
Bahan-bahan Apam
* 3 biji telur - dari peti sejuk (MaDiHaA guna gred A)
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus – (MaDiHaA guna 170 gm)
* 150 gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)
Lain2 bahan
* Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna hitam & merah
* Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
*Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
*Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.
* Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.
Cara-cara Menyediakan
1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah. Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai. Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai. Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird. Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam. (sila rujuk gambar)

9. Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).
10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.
11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.
Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.
Ini 'ladybirds' hasil tangan sendiri selepas mengikuti kelas dengan Ida.. hehe...
Hasil ladybirds selepas dikukus... comel kan? ini hasil dari kelas... warna agak pudar...
terlupa bawak pewarna merah.. hehe..
Ladybirds hasil tangan sendiri... so cute!! Don't you think so?
Ok semua... selamat mencuba!