Bahan-bahan untuk Sos Cili Mudah dan Ringkas200g Cili Kering
4 ulas Bawang putih
1.5 L Air
3 cmb Minyak Masak
1 cmt Garam
12 cmb Gula
1 cmb jus limau nipis
2 cmb Tepung Jagung dibancuh dengan 1/2 cwn air
Cara membuat Sos Cili Mudah dan Ringkas
4 ulas Bawang putih
1.5 L Air
3 cmb Minyak Masak
1 cmt Garam
12 cmb Gula
1 cmb jus limau nipis
2 cmb Tepung Jagung dibancuh dengan 1/2 cwn air
Cara membuat Sos Cili Mudah dan Ringkas
- Bahagikan air kepada 3 bahagian supaya mudah saya menerangkannya.
- Potong dan rebus cili kering sehingga lembut atau rendam semalaman.
- Kisar cili kering, bawang putih dan minyak masak dengan sebahagian air sehingga betul-betul halus.
- Masukkan kedalam periuk dan masak sehingga mendidih bersama sebahagian lagi air. Biarkan merenih selama 10 minit.
- Setelah merenih, tutup api dan tapis untuk mendapatkan cili yang halus tanpa biji. Gunakan bahagian terakhir air untuk menapis sehingga tinggal hampasnya sahaja. Buang hampasnya.
- Masukkan semula kedalam periuk dan masak semula.
- Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Biarkan sampai mendidih.
- Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air sejuk. Masukkan semuanya kedalam sos cili sambil dikacau dengan pantas untuk memekatkannya.
- Biarkan merenih sehingga terbit minyaknya barulah api ditutup dan disejukkan.
No comments:
Post a Comment